Just Begin...




this owl look so happy to come back to school....


Kalau zaman sekolah rendah dulu,bila time bukak sekolah bukan main happy lagi,sebab tak sabar-sabar nak tayang baju sekolah baru,kasut baru,beg baru,pencil case baru,pemadam baru,pensil warna baru dan segala yang serba baru dekat kwn-kawan sekolah......macam ada pertandingan,siapa punya peralatan sekolah paling cantik tahun ini...huhuhu...pastu kalo tengok orang lain punya lagi cantik,mesti jeles...huhuhu..budak-budak betul! ... 
this monkey doesn'tlook happy at all....


Bila dah masuk sekolah menengah,dah dduk dkat asrama...time-time nak buka sekolah rasa macam...aduhaiiiii.. sekejapnya cuti...tak puas lagi dduk kat umah.. sdah nak kena balik hostel. Punyalah malas tahap gaban nak balik hostel...kalo boleh sampai malam-malam lagi bagus. Kalau boleh nak datang hari isnin jak terus(huh~macam dekat ja kan). Tapi,bila dah sampai ja kat hostel,dah jumpa member,tak da la plak perasaan sedih meninggalkan rumah ke apa...sibuk nak cerita macam-macaam benda...mulut macam tak bleh nak berhenti nak bercerita..kat bilik ka..kat surau ka..kat dewan makan ka..masa prep ka..time baru-baru sampai dari balik bercuti...memang riuh..memang macam langau bunyinya...time tuh warden round senyap lah barang seminit-dua..bila hilang jak bayang warden..otomatik...terus bersuara balik..huhuhu...sampai tak tidur lah kalo dah sibuk nak cerita itu-ini (lagi2 time2 nie..selalunya budak hostel susah nak tidur..konon sebab peralihan tempat tido)..

he's look prepared and happy to be in school again...
(pssttt..he is a teacher)


Bila dah jadi cikgu..bila nak buka sekolah..sibuk fikir perancangan..2-3 minggu sebelum buka sekolah dah sibuk buat rancangan tahunan untuk macam-macam program yang nak di buat. Mula-mula memang macam pening,sebab benda tak mula lagi. Once,dah mula buat kerja..dah macam lipas kudung pun ada jugak..lama-lama,dah adapt balik dengan segala macam kerja dan program yang tak pernah habis dan segala macam target yang nak dicapai...baru boleh tarik nafas sikit..bila dah nak akhir tahun..mula busy balik..mula jadik lipas kudung balik..bila semua benda dah submit..baru boleh tarik nafas balik..dan begitulah seterusnya...

mood: 
kembali ke sekolah
(^_^)v

mari bersekolah dengan gembira :)

Tutorials , story and Freebies



Tutorials

Tutorial:Back To Top button di Blogskin
Tutorial:Membuat Header Hover di Blogskin-berpusing dan terus hilang
Tutorial:tmbah follower gadget d blogskin
Tutorial:top of the page button.
Tutorial:buat cursor anda comel
Tutorial:letak gambar di tepi post title
Tutorial:buat link warna pelangi
Tutorial:buat tajuk post&sidebar center
Tutorial:hilang kan tarikh di post
Tutorial:post title background


story morie :)

story:Si budak penjual kuih
story:A Haunted House
story:KISAH BENAR:kisah sedih seorang ibu.
story:kenangan ku.
story:kini..IM single again.
story:start dgn kosong..kosong.
story:entry mrepek kn!!!
story:detik-detik akhir.
story:Melawat kampung kesayangan.

freebies-blog orang lain

freebies:mustache-azzahsaid
freebies:doodle tudung bawal-azzahsaid
Freebies:muslimah doodle-wanhazel
Freebies:Doodle kahwin (just married)wan hazel
Freebies
Freebies


linkies



fazrin
fazrinbeby toink toinkazatulazmirahnoriraYouYou
YouYouYouYou

about me


Mine;
Name : fazrin bin bakri
Famous as : fazrin
Age : 15 years old
Born at : Earth
Stay : lahad datu
Hobbies : Blogging, Facebooking, Tweeting

Likes;
Kpop
Eat
Sleep
Chocolate
One D
Online

Hates;
Anons
Copycays
Spammers
Annoyed person
Kpop haters
Rippers
Seoarang yang tegas tapi ada saatnya penyayang jugak & lagi pemalu. kadang-kadang gila2 jugak.single but not available.seoarng yang kuat makn tapi badan tidak pandai gemuk. suka kacau orang,, tapi kalaw sudah orang marah terus merajuk. kuat makan chocolate. orang yang kemas tpi kadang2 lurus jugak orang nya.

Find Me At :



Cerpen pendek :)



Hai kawan-kawan, hari ni aku nak kongsi ngan korang cerpen pendek yang aku karang sendiri. tetiba plak ada idea petang tadi. jom kita baca....

Kenangan Lalu
                Rintik-rintik hujan membasahi pipi yang gebu ini, anak-anak kecil riang bermain di tepian sawah, fikiranku melayang ke zaman persekolahan di mana masa itu aku berkenalan dengan seseorang, seseorang yang bernama Aiman. Dikala aku bersendirian di perhentian bas, aku disapa oleh Aiman. Assalamualaikum, saudari sorang je... kenapa bersendirian disini, bahaya tau. Takpelah, saya temankan awak disini. Saya Aiman, siapa nama saudari, nak pergi ke mana. Erm .... nak ke aku jawab pertanyaan dia ni, tengok dari raut wajah dia ni, nampaknya macam budak yang baik. Hello.... saudari kenapa tak jawab, bisu ea atau takut dekat saya. Tak payah takut, saya budak yang baik. Dia ni macam tau-tau je apa yang bermain difikiran aku.  Lama juga aku berdiam diri, buat macam dia takde sebelah aku. Tapi kesian juga kat mamat ni, seraya aku menjawab pertanyaannya. Nama saya Fatin Quraitulaini, panggil je Fatin. Saya tengah tunggu bas nak ke Kampung Majidi. Terima kasihlah kerana nak temankan saya disini. Hah... ada pun suara ni ingatkan bisu tadi. Sorry ea, saya tak bisu, aku mencelah geram pula dengan  si mamat ni. Okey, Cik Fatin saya minta maaf cakap awak bisu. Takpelah, saya okey je. Lama juga aku menunggu bas disitu, dan banyak jugalah perkara yang kami bualkan. Macam dah lama kenal, padahal baru je tak sampai 1 hari aku kenal dia. Perkenalan kami hanya setakat disitu sahaja, bas yang ditunggu telah pun sampai.  Semasa aku nak naik bas tu, sempat juga dia cakap dengan aku “ Cik Fatin, ada jodoh kita berjumpa lagi ”. Aku cuma mengiyakan apa yang dicakapkan.
Kenangan itu berlalu begitu sahaja. Sekarang usiaku sudah menginjak dewasa. Disaat ini aku sudah bergelar seorang siswazah. Esok aku mula bekerja di Menara Holding sebagai Pengurus bahagian pemasaran. Aku akan sentiasa bertemu dengan pelanggan. Fatin, kamu diterima bekerja disini... terngiang-ngiang ditelingaku ini mendengar khabar gembira. Dari kecil aku memang bercita-cita untuk menjadi seorang pengurus pemasaran. Hari yang ditunggu telah tiba, sekarang aku telah pun menjejaki kaki di Menara Holding. Sila ikut saya, saya akan tunjukkan bilik Cik Fatin. Wah... bila aku melihat bilikku, terkejut aku. Tak sangka akan dapat bilik sebesar ini di pejabat. Suasana bekerja disini amat menyeronokkan. Cuma satu je aku tak sedap hati bila ramai yang berkata, anak bos akan bekerja di Menara Holding, perangainya takde seorang pun yang suka. Tak tahu kenapa dia orang semua tak suka dengan perangai dia. Ada yang cakap dia ni tak pernah nak senyum dengan pekerja  dan agak sombong jugalah. Eee..... aku tak suka orang yang sombong ni. Aku ada cakap dengan dia orang aku akan ajar dia macam mana cara nak senyum dan bergaul mesra dengan orang. Seingat aku budak-budak pejabat ni ada bagi tau nama dia. Erm... aku akan ingat nama ni “Fakhrul”. Fakhrul siaplah ko dengan aku nanti...
Fatin kenalkan ini Encik Fakhrul Pengurus Bahagian Senibina. Assalamualaikum.... saya Fakhrul kita akan bekerjasama di dalam syarikat ini, Fakhrul menghulurkan salam tanda perkenalan. Aku rasa macam kenal je mamat ni, mana aku jumpa ye. Aah... biarlah malas aku nak fikirkan pasal mamat ni. Cik Fatin, fikir apa tu? Fikirkan saya ea. Tetiba plak si mamat ni boleh ada dekat pintu bilik aku. Dahlah tak ketuk pintu, sesuka hati je masuk bilik orang. Eeee, geramnya aku ngan mamat ni. Encik Fakhrul, taulah awak tu anak bos.. tapi sopanlah sikit, ketuklah pintu sebelum masuk. Cik Fatin saya dah ketuk pintu banyak kali, awak tak dengar ke, lagi satu saya anak bos, sesuka hati sayalah nak masuk bilik ni atau tidak. Eekeleh... berlagaklah plak mamat ni. Cik Fatin mesti ingat saya ni sombongkan. Saya tak sombonglah... saya saja je bagitau kat pekerja kita supaya bagitau dekat pekerja-pekerja baru macam Cik Fatin, saya ni jenis yang sombong dan tak suka senyum. Kenapa pula awak buat macam tu ? saja suruh dia orang buat macam tu. Apalah awak ni, saya baru terfikir nak ajar awak senyum dan boleh bergaul dengan orang. So, sekarang ni tak payahlah susah-susah saya nak ajar awakkan. Hehehe, yelah Cik Fatin. Cik Fatin ingat lagi tak rupa saya ni.  La, macamlah kita ni pernah jumpa, saya baru je jumpa awak ni, Encik Fakhrul. Beberapa tahun lepas saya ada jumpa awak dekat perhentian bas, tengah tunggu bas sorang-sorang. Erm.... kamu ni Aiman ea, tapi nama kamu Fakhrul. Saya jumpa tu namanya Aiman. Cik Fatin, nama saya Fakhrul Aiman. Yeke, tak sangka boleh jumpa awak dekat sini. kan saya pernah cakap dengan awak, ada jodoh kita jumpa lagi. Ooo, tu saya takdelah lupa.
Hubungan aku dengan Fakhrul Aiman semakin rapat. Sampaikan pekerja-pekerja dipejabat suka mengusik kami. Perhubungan kami bermula sebagai rakan sekerja akhirnya bertukar kepada sepasang kekasih. Aku suka memanggilnya Aiman sebab aku kenal dia pun dengan nama Aiman. Dia seseorang yang sangat periang, suka memanjakan aku. Setelah beberapa lama perkenalan kami, dia melamarku untuk menjadi suri dihatinya, menjadi ibu kepada anak-anaknya, menjadi nenek kepada cucu-cucunya. Hasrat Aiman ku sampaikan kepada keluargaku. Mereka menerima dengan tangan terbuka. Majlis pernikahan dan persandinganku berjalan dengan meriah sekali. Aku bahagia hidup dengannya. Kebahagaian ini bertambah-tambah lagi, bila mana aku disahkan mengandung. Aiman adalah insan yang gembira bila mendengar yang dia akan menjadi papa. Macam-macam barang kelengkapan bayi yang dibeli. Terlebih exited pula laki aku ni, fikirku.
Tapi kebahagian yang dikecapi tidak bertahan lama, Aiman disahkan menghidap Kanser Otak. Bertapa terkejutnya aku bila mendapat tahu perkara ni. Aiman hanya dapat hidup 3 bulan je lagi. Masa tu usia kandunganku baru mencecah 7 bulan. Aiman sangat tenang bila mendapat berita itu. Dia ada cakap dengan aku “ Sayang, jika abang dah tiada di dunia ini, jagalah anak kita dengan baik. Dia akan menjadi peneman sayang setelah abang tiada di dunia ini. Setiap yang hidup akan mati jua, abang redha dengan ketentuan Allah s.w.t, abang harap sayang pun redha”. Sambil berkata-kata itulah dia mengusap perutku. Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini dalam menempuh dugaan ini. Ketika usiaku kandunganku baru mencecah 7 bulan, suamiku Fakhrul Aiman telah kembali ke rahmatullah. Terngiang-ngiang ditelingaku kata-kata terakhirnya “ sayang, nanti bila anak ni dah lahir ke dunia suburilah dia dengan iman yang kuat, sabarlah dalam menempuh dugaan yang mendatang... sedekahkanlah al-fatihah kepada abang, walau di mana sayang berada kelak, abang sayang ayang”.
Aliff Aiman, jaga-jaga main ditepi sawah tu, jeritku kepada anakku, benih cinta antara aku dan suamiku Fakhrul Aiman. Anakku inilah yang sentiasa menemaniku setelah ketiadaan orang yang aku cintai. Diam tak diam Aliff Aiman telah pun menginjak usia 10 tahun. Dah 10 tahun jugalah suamiku tiada sisiku, meninggalkan aku bersama benih cinta kami. Abang, sayang harap abang tenang di alam lain, sayang doakan abang ditempatkan di syurga kelak, sayang redha abang telah pergi meninggalkan sayang. Allah s.w.t lebih sayangkan abang. 


-harap2 korang sukalah dengan cerita ni - nanti kalau aku ada idea, aku akan karang lagi cerita yang seterusnya.

WTF : Kacang Walnut Palsu Buatan China



Memang macam-macam cerita kat china ni. Bukan setakat gadjet je diorang nak tiru, even kacang walnut pun diorang buat sendiri. #Batu walnut!




   

nak tahu lebih lanjut jom serbuh blog ini!!!

“Mana Mak??” Kisah Sedih Seorang Ibu Untuk Anak



cerpen pendek yang sesuai dibaca jika ada memang sayangkan ibu. Wajib baca! Cerpen ini walaupun pndek,tapi mmpu menyedarkan kita betapa seorang insan bernama ibu itu adalah insan pling sempurna dalam kehidupan kita.

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”Ateh menjawab, “Entah.”Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”

Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” “Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”“Ayah, ayah ….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
* hargailah ibu ada jika da masih didunia. Doakan dia jika d sudah menghadap yng maha esa. Bagi yang ada ibu, sudah berapa lma anda tak telefon ibu?? Apa kata ambil telefon, luangkan seminit dua bertanya khabar ibu. Pastinya ibumu akan gembira.

Kisah Sedih Seorang Ibu



Assalamualaikum semua…post ni merupakan satu cerita yang agak sedih..ya..kasih ibu amat besar..lebih besar daripada segalanya, lebih berharga daripada nilai gaji yang kita perolehi..tetapi mengapa kita perlu jadi sedemikian rupa…bacalah dengan teliti cerita ini…hergailah mereka selagi kita masih punyai…kini c.z hanya mempunyai ibu sahaja…dan cz memang SAYANGKAN DIA…..
Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;
”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”
 
”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”
“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.
Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;
“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”
Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.
Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?

Tutorial Membuat Header Hover di Blogskin-berpusing dan terus hilang


assalamualaikum,, sekarang maw buat tutor,, tajuk nya..??? tengok ats,, jum faz ajar oke..


1.Pergi >> Template

2.Serentak tekan ctrl + F dan search code .header  atau a:hover {

 3.Ok then korang kopi copy code bawah ni and pastekan dekat bawah code .header  or  a:hover {




.header:hover {
padding-left:160px;
-webkit-transition: 2s;
-moz-transform: rotate(360deg);
-webkit-transform: rotate(360deg);
opacity:.01;
mcm ni
 Ok preview dan save ..

Tutorial Back To Top button di Blogskin



1.Firstly bukak Template Korang

2.Click F3 dan search </head>
.
3. Copy and paste code ini di bawah /head>




<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js"></script>
<script type='text/javascript' language='Javascript'>
var scrolltotop={
//startline: Integer. Number of pixels from top of doc scrollbar is scrolled before showing control
//scrollto: Keyword (Integer, or "Scroll_to_Element_ID"). How far to scroll document up when control is clicked on (1=top).
setting: {startline:100, scrollto: 0, scrollduration:1000, fadeduration:[500, 500]},
controlHTML: '<img onmousedown="event.preventDefault ? event.preventDefault() : event.returnValue = false" src="URL IMAGE"/>', //HTML for control, which is auto wrapped in DIV w/ ID="topcontrol"
controlattrs: {offsetx:5, offsety:5}, //offset of control relative to right/ center of window corner
anchorkeyword: '#top', //Enter href value of HTML anchors on the page that should also act as "Scroll Up" links
state: {isvisible:false, shouldvisible:false},
scrollup:function(){
if (!this.cssfixedsupport) //if control is positioned using JavaScript
this.$control.css({opacity:0}) //hide control immediately after clicking it
var dest=isNaN(this.setting.scrollto)? this.setting.scrollto : parseInt(this.setting.scrollto)
if (typeof dest=="string" && jQuery('#'+dest).length==1) //check element set by string exists
dest=jQuery('#'+dest).offset().top
else
dest=0
this.$body.animate({scrollTop: dest}, this.setting.scrollduration);
},
keepfixed:function(){
var $window=jQuery(window)
var controlx=$window.scrollLeft() + $window.width() - this.$control.width() - this.controlattrs.offsetx
var controly=$window.scrollTop() + $window.height() - this.$control.height() - this.controlattrs.offsety
this.$control.css({left:controlx+'px', top:controly+'px'})
},
togglecontrol:function(){
var scrolltop=jQuery(window).scrollTop()
if (!this.cssfixedsupport)
this.keepfixed()
this.state.shouldvisible=(scrolltop>=this.setting.startline)? true : false
if (this.state.shouldvisible && !this.state.isvisible){
this.$control.stop().animate({opacity:1}, this.setting.fadeduration[0])
this.state.isvisible=true
}
else if (this.state.shouldvisible==false && this.state.isvisible){
this.$control.stop().animate({opacity:0}, this.setting.fadeduration[1])
this.state.isvisible=false
}
},
init:function(){
jQuery(document).ready(function($){
var mainobj=scrolltotop
var iebrws=document.all
mainobj.cssfixedsupport=!iebrws || iebrws && document.compatMode=="CSS1Compat" && window.XMLHttpRequest //not IE or IE7+ browsers in standards mode
mainobj.$body=(window.opera)? (document.compatMode=="CSS1Compat"? $('html') : $('body')) : $('html,body')
mainobj.$control=$('<div id="topcontrol">'+mainobj.controlHTML+'</div>')
.css({position:mainobj.cssfixedsupport? 'fixed' : 'absolute', bottom:mainobj.controlattrs.offsety, right:mainobj.controlattrs.offsetx, opacity:0, cursor:'pointer'})
.attr({title:'Fly To The Sky'})
.click(function(){mainobj.scrollup(); return false})
.appendTo('body')
if (document.all && !window.XMLHttpRequest && mainobj.$control.text()!='') //loose check for IE6 and below, plus whether control contains any text
mainobj.$control.css({width:mainobj.$control.width()}) //IE6- seems to require an explicit width on a DIV containing text
mainobj.togglecontrol()
$('a[href="' + mainobj.anchorkeyword +'"]').click(function(){
mainobj.scrollup()
return false
})
$(window).bind('scroll resize', function(e){
mainobj.togglecontrol()
})
})
}
}
scrolltotop.init()
</script>


4.Replacekan kan URL IMAGE dengan URL button bawah ni


http://1.bp.blogspot.com/-vDQ-zadNcw4/Tv1mD5PThfI/AAAAAAAAAeY/olpBvf1OKTs/s1600/TOP1.png


http://3.bp.blogspot.com/-QaSiYxdnBC0/Tv1mEvpXgyI/AAAAAAAAAeg/76T_gp3aXq0/s1600/top2.png

http://2.bp.blogspot.com/-ui0WVdjhMBQ/Tv1mFhP1rxI/AAAAAAAAAeo/INzdcotCfU4/s1600/top3.png


http://3.bp.blogspot.com/-zNYRWiDzb9I/Tv1mGvaq7sI/AAAAAAAAAew/7gH5PaFqhRI/s1600/top4.png


Si budak penjual kuih


Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!


Moral :
Satu perjalananan seorang kanak-kanak yang begitu taat kepada perintah Allah s.w.t.Semoga menjadi renungan bersama

A Haunted House



Virginia Woolf

Whatever hour you woke there was a door shutting. From room to room they went, hand in hand, lifting here, opening there, making sure--a ghostly couple.

"Here we left it," she said. And he added, "Oh, but here tool" "It's upstairs," she murmured. "And in the garden," he whispered. "Quietly," they said, "or we shall wake them."

But it wasn't that you woke us. Oh, no. "They're looking for it; they're drawing the curtain," one might say, and so read on a page or two. "Now they've found it,' one would be certain, stopping the pencil on the margin. And then, tired of reading, one might rise and see for oneself, the house all empty, the doors standing open, only the wood pigeons bubbling with content and the hum of the threshing machine sounding from the farm. "What did I come in here for? What did I want to find?" My hands were empty. "Perhaps its upstairs then?" The apples were in the loft. And so down again, the garden still as ever, only the book had slipped into the grass.
But they had found it in the drawing room. Not that one could ever see them. The windowpanes reflected apples, reflected roses; all the leaves were green in the glass. If they moved in the drawing room, the apple only turned its yellow side. Yet, the moment after, if the door was opened, spread about the floor, hung upon the walls, pendant from the ceiling--what? My hands were empty. The shadow of a thrush crossed the carpet; from the deepest wells of silence the wood pigeon drew its bubble of sound. "Safe, safe, safe" the pulse of the house beat softly. "The treasure buried; the room . . ." the pulse stopped short. Oh, was that the buried treasure?

A moment later the light had faded. Out in the garden then? But the trees spun darkness for a wandering beam of sun. So fine, so rare, coolly sunk beneath the surface the beam I sought always burned behind the glass. Death was the glass; death was between us, coming to the woman first, hundreds of years ago, leaving the house, sealing all the windows; the rooms were darkened. He left it, left her, went North, went East, saw the stars turned in the Southern sky; sought the house, found it dropped beneath the Downs. "Safe, safe, safe," the pulse of the house beat gladly. 'The Treasure yours."

The wind roars up the avenue. Trees stoop and bend this way and that. Moonbeams splash and spill wildly in the rain. But the beam of the lamp falls straight from the window. The candle burns stiff and still. Wandering through the house, opening the windows, whispering not to wake us, the ghostly couple seek their joy.
"Here we slept," she says. And he adds, "Kisses without number." "Waking in the morning--" "Silver between the trees--" "Upstairs--" 'In the garden--" "When summer came--" 'In winter snowtime--" "The doors go shutting far in the distance, gently knocking like the pulse of a heart.

Nearer they come, cease at the doorway. The wind falls, the rain slides silver down the glass. Our eyes darken, we hear no steps beside us; we see no lady spread her ghostly cloak. His hands shield the lantern. "Look," he breathes. "Sound asleep. Love upon their lips."

Stooping, holding their silver lamp above us, long they look and deeply. Long they pause. The wind drives straightly; the flame stoops slightly. Wild beams of moonlight cross both floor and wall, and, meeting, stain the faces bent; the faces pondering; the faces that search the sleepers and seek their hidden joy.
"Safe, safe, safe," the heart of the house beats proudly. "Long years--" he sighs. "Again you found me." "Here," she murmurs, "sleeping; in the garden reading; laughing, rolling apples in the loft. Here we left our treasure--" Stooping, their light lifts the lids upon my eyes. "Safe! safe! safe!" the pulse of the house beats wildly. Waking, I cry "Oh, is this your buried treasure? The light in the heart."

Copyright: this story is in the public domain and not protected by copyright.

KISAH BENAR:kisah sedih seorang ibu


    Cerita ni dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!Cerita si anak.....

    Ibuku buta sebelah mata!Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku!Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami . Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar.Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?!Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari. Keesokan harinya salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku!Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau mati saja?!!!”Ibuku hanya berdiam diri!!! Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..Aku langsung tidak peduli akan perasaannya…
Aku ingin keluar dari rumah itu…Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku. Suatu hari ibuku datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak pernah berjumpa cucunya!.Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, anakku mentertawakannya...Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!Dengan pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus menghilangkan diri.Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..Oleh itu aku telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan… Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal…Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat yang ibuku ingin aku membacanya…

“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa…Ibu minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu.Ibu gembira kerana kamu akan datangke perjumpaan pelajar-pelajar lama…Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangununtuk berjumpa denganmu.Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamusemasa kamu sedang membesar.Kamu mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...Oleh itu… Aku memberi salah satu mataku kepada kamu…Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini……Dengan kasihku kepadamu……IBUMU…

Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!


Wassalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...