Cerpen pendek :)



Hai kawan-kawan, hari ni aku nak kongsi ngan korang cerpen pendek yang aku karang sendiri. tetiba plak ada idea petang tadi. jom kita baca....

Kenangan Lalu
                Rintik-rintik hujan membasahi pipi yang gebu ini, anak-anak kecil riang bermain di tepian sawah, fikiranku melayang ke zaman persekolahan di mana masa itu aku berkenalan dengan seseorang, seseorang yang bernama Aiman. Dikala aku bersendirian di perhentian bas, aku disapa oleh Aiman. Assalamualaikum, saudari sorang je... kenapa bersendirian disini, bahaya tau. Takpelah, saya temankan awak disini. Saya Aiman, siapa nama saudari, nak pergi ke mana. Erm .... nak ke aku jawab pertanyaan dia ni, tengok dari raut wajah dia ni, nampaknya macam budak yang baik. Hello.... saudari kenapa tak jawab, bisu ea atau takut dekat saya. Tak payah takut, saya budak yang baik. Dia ni macam tau-tau je apa yang bermain difikiran aku.  Lama juga aku berdiam diri, buat macam dia takde sebelah aku. Tapi kesian juga kat mamat ni, seraya aku menjawab pertanyaannya. Nama saya Fatin Quraitulaini, panggil je Fatin. Saya tengah tunggu bas nak ke Kampung Majidi. Terima kasihlah kerana nak temankan saya disini. Hah... ada pun suara ni ingatkan bisu tadi. Sorry ea, saya tak bisu, aku mencelah geram pula dengan  si mamat ni. Okey, Cik Fatin saya minta maaf cakap awak bisu. Takpelah, saya okey je. Lama juga aku menunggu bas disitu, dan banyak jugalah perkara yang kami bualkan. Macam dah lama kenal, padahal baru je tak sampai 1 hari aku kenal dia. Perkenalan kami hanya setakat disitu sahaja, bas yang ditunggu telah pun sampai.  Semasa aku nak naik bas tu, sempat juga dia cakap dengan aku “ Cik Fatin, ada jodoh kita berjumpa lagi ”. Aku cuma mengiyakan apa yang dicakapkan.
Kenangan itu berlalu begitu sahaja. Sekarang usiaku sudah menginjak dewasa. Disaat ini aku sudah bergelar seorang siswazah. Esok aku mula bekerja di Menara Holding sebagai Pengurus bahagian pemasaran. Aku akan sentiasa bertemu dengan pelanggan. Fatin, kamu diterima bekerja disini... terngiang-ngiang ditelingaku ini mendengar khabar gembira. Dari kecil aku memang bercita-cita untuk menjadi seorang pengurus pemasaran. Hari yang ditunggu telah tiba, sekarang aku telah pun menjejaki kaki di Menara Holding. Sila ikut saya, saya akan tunjukkan bilik Cik Fatin. Wah... bila aku melihat bilikku, terkejut aku. Tak sangka akan dapat bilik sebesar ini di pejabat. Suasana bekerja disini amat menyeronokkan. Cuma satu je aku tak sedap hati bila ramai yang berkata, anak bos akan bekerja di Menara Holding, perangainya takde seorang pun yang suka. Tak tahu kenapa dia orang semua tak suka dengan perangai dia. Ada yang cakap dia ni tak pernah nak senyum dengan pekerja  dan agak sombong jugalah. Eee..... aku tak suka orang yang sombong ni. Aku ada cakap dengan dia orang aku akan ajar dia macam mana cara nak senyum dan bergaul mesra dengan orang. Seingat aku budak-budak pejabat ni ada bagi tau nama dia. Erm... aku akan ingat nama ni “Fakhrul”. Fakhrul siaplah ko dengan aku nanti...
Fatin kenalkan ini Encik Fakhrul Pengurus Bahagian Senibina. Assalamualaikum.... saya Fakhrul kita akan bekerjasama di dalam syarikat ini, Fakhrul menghulurkan salam tanda perkenalan. Aku rasa macam kenal je mamat ni, mana aku jumpa ye. Aah... biarlah malas aku nak fikirkan pasal mamat ni. Cik Fatin, fikir apa tu? Fikirkan saya ea. Tetiba plak si mamat ni boleh ada dekat pintu bilik aku. Dahlah tak ketuk pintu, sesuka hati je masuk bilik orang. Eeee, geramnya aku ngan mamat ni. Encik Fakhrul, taulah awak tu anak bos.. tapi sopanlah sikit, ketuklah pintu sebelum masuk. Cik Fatin saya dah ketuk pintu banyak kali, awak tak dengar ke, lagi satu saya anak bos, sesuka hati sayalah nak masuk bilik ni atau tidak. Eekeleh... berlagaklah plak mamat ni. Cik Fatin mesti ingat saya ni sombongkan. Saya tak sombonglah... saya saja je bagitau kat pekerja kita supaya bagitau dekat pekerja-pekerja baru macam Cik Fatin, saya ni jenis yang sombong dan tak suka senyum. Kenapa pula awak buat macam tu ? saja suruh dia orang buat macam tu. Apalah awak ni, saya baru terfikir nak ajar awak senyum dan boleh bergaul dengan orang. So, sekarang ni tak payahlah susah-susah saya nak ajar awakkan. Hehehe, yelah Cik Fatin. Cik Fatin ingat lagi tak rupa saya ni.  La, macamlah kita ni pernah jumpa, saya baru je jumpa awak ni, Encik Fakhrul. Beberapa tahun lepas saya ada jumpa awak dekat perhentian bas, tengah tunggu bas sorang-sorang. Erm.... kamu ni Aiman ea, tapi nama kamu Fakhrul. Saya jumpa tu namanya Aiman. Cik Fatin, nama saya Fakhrul Aiman. Yeke, tak sangka boleh jumpa awak dekat sini. kan saya pernah cakap dengan awak, ada jodoh kita jumpa lagi. Ooo, tu saya takdelah lupa.
Hubungan aku dengan Fakhrul Aiman semakin rapat. Sampaikan pekerja-pekerja dipejabat suka mengusik kami. Perhubungan kami bermula sebagai rakan sekerja akhirnya bertukar kepada sepasang kekasih. Aku suka memanggilnya Aiman sebab aku kenal dia pun dengan nama Aiman. Dia seseorang yang sangat periang, suka memanjakan aku. Setelah beberapa lama perkenalan kami, dia melamarku untuk menjadi suri dihatinya, menjadi ibu kepada anak-anaknya, menjadi nenek kepada cucu-cucunya. Hasrat Aiman ku sampaikan kepada keluargaku. Mereka menerima dengan tangan terbuka. Majlis pernikahan dan persandinganku berjalan dengan meriah sekali. Aku bahagia hidup dengannya. Kebahagaian ini bertambah-tambah lagi, bila mana aku disahkan mengandung. Aiman adalah insan yang gembira bila mendengar yang dia akan menjadi papa. Macam-macam barang kelengkapan bayi yang dibeli. Terlebih exited pula laki aku ni, fikirku.
Tapi kebahagian yang dikecapi tidak bertahan lama, Aiman disahkan menghidap Kanser Otak. Bertapa terkejutnya aku bila mendapat tahu perkara ni. Aiman hanya dapat hidup 3 bulan je lagi. Masa tu usia kandunganku baru mencecah 7 bulan. Aiman sangat tenang bila mendapat berita itu. Dia ada cakap dengan aku “ Sayang, jika abang dah tiada di dunia ini, jagalah anak kita dengan baik. Dia akan menjadi peneman sayang setelah abang tiada di dunia ini. Setiap yang hidup akan mati jua, abang redha dengan ketentuan Allah s.w.t, abang harap sayang pun redha”. Sambil berkata-kata itulah dia mengusap perutku. Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini dalam menempuh dugaan ini. Ketika usiaku kandunganku baru mencecah 7 bulan, suamiku Fakhrul Aiman telah kembali ke rahmatullah. Terngiang-ngiang ditelingaku kata-kata terakhirnya “ sayang, nanti bila anak ni dah lahir ke dunia suburilah dia dengan iman yang kuat, sabarlah dalam menempuh dugaan yang mendatang... sedekahkanlah al-fatihah kepada abang, walau di mana sayang berada kelak, abang sayang ayang”.
Aliff Aiman, jaga-jaga main ditepi sawah tu, jeritku kepada anakku, benih cinta antara aku dan suamiku Fakhrul Aiman. Anakku inilah yang sentiasa menemaniku setelah ketiadaan orang yang aku cintai. Diam tak diam Aliff Aiman telah pun menginjak usia 10 tahun. Dah 10 tahun jugalah suamiku tiada sisiku, meninggalkan aku bersama benih cinta kami. Abang, sayang harap abang tenang di alam lain, sayang doakan abang ditempatkan di syurga kelak, sayang redha abang telah pergi meninggalkan sayang. Allah s.w.t lebih sayangkan abang. 


-harap2 korang sukalah dengan cerita ni - nanti kalau aku ada idea, aku akan karang lagi cerita yang seterusnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...