tazkirah pagi




Jika kamu boleh menggembirakan orang yang berduka, maka lakukanlah meskipun hanya dengan senyuman.


Hati yang sedih sangat memerlukan bantuan, biasanya apa yang terjadi kerana tiada kemampuan untuk mengatasi kesedihan yang membuat diri-nya memerlukan seseorang yang sudi mendengar curahan hati. Seseorang yang memberi nasihat dengan disertai rasa kasih sayang, atau orang yang dapat mengubah kesedihannya. Suatu ketika sebahagian dari kita juga amat memerlukan orang yang boleh mengubah kesedihan yang menimpa kita dengan kesenangan.

Sebahagian dari kita pada waktu sakit memerlukan orang yang mahu menjaganya, memenuhi keperluannya dan merasakan kepentingannya. Juga ketika dalam pelbagai kesusahan yang menimpa dalam hidup. Jadi untuk itu janganlah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Tidak kira cara pertolongan dari kita mengikut kemampuan samada harta, tenaga, sokongan moral atau apa saja sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang peduli tentang diri mereka. Hidup kita seperti roda yang berputar.

Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang berduka

doodle dari ispirasi saya


assalamualaikum dan salam sejahtera,

skrg saya nak cerita pasal "doodle dari inspirasi saya", faz telah buat doodle melihat daripada doodle inspirasi saya iaitu Cik Dil yg  lebih dikenali dengan Blog Kerana Manisnya Epal . faz dh buat satu doodle tapi tak lah guna photoshop, kesian cuma guna paint tool sai saja. sapa yg murah hati nak bagi saya photoshop??, teringin sngat , ermm k tak pa, doodle saya bukan 100% mngikut doodle Cik Dil. key jum tengok dekat bawah ya.. hope korang suka hihi babay..

siap ada tahi lalat lagi, hahak 
mnggunakan sistem:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...